IBDE Ilham Sdn Bhd
Islam dan Ekonomi: Memahami Makna Pasaran, Moral dan Keadilan
Islam dan Ekonomi: Memahami Makna Pasaran, Moral dan Keadilan
Couldn't load pickup availability
“Karya ini mencabar beberapa andaian popular mengenai disiplin ekonomi Islam abad ke-20.” —Syeikh Abdullah bin Hamid Ali, PhD
“Perlu diingat bahawa Islam dibawa oleh seorang Nabi yang pernah hidup sebagai seorang saudagar selama 20 tahun dan menyatakan bahawa sembilan persepuluh sumber rezeki datang daripada perniagaaan. Keadaan ini hanya boleh terwujud dalam susunan ekonomi yang berteraskan keusahawanan dan bukan pada kawalan kerajaan.” —Ali Salman
Buku Islam dan Ekonomi: Memahami Makna Pasaran, Moral dan Keadilan oleh Ali Salman ini memperkenalkan pembaca kepada asas pemikiran ekonomi Islam dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami. Ia menghuraikan bagaimana konsep pasaran, moraliti dan keadilan dibincangkan dalam kerangka Islam. Penulis menelusuri prinsip-prinsip ekonomi yang berakar daripada sumber utama agama iaitu al-Quran dan Hadis, lalu menunjukkan bagaimana kedua-dua sumber tersebut membentuk pandangan Islam tentang perdagangan, pemilikan harta dan tanggungjawab sosial.
Dalam konteks dunia moden yang penuh dengan ketidaksamaan ekonomi dan krisis moral dalam sistem pasaran, buku ini mengajak pembaca menilai semula hubungan antara ekonomi dan etika. Apakah sebenarnya peranan pasaran dalam Islam? Bagaimanakah keadilan ekonomi dapat ditegakkan tanpa mengabaikan kebebasan berniaga? Dengan menggariskan asas disiplin ekonomi Islam, buku ini membuka ruang renungan kepada pembaca tentang kemungkinan membina sistem ekonomi yang lebih beretika dan seimbang pada hari ini.